Selalu bagi makan buat si ibu kucing gigih bawa anak sekali, netizen berterima kasih

Meskipun tidak dapat memelihara kucing, bagi pencinta si bulus ini apabila melihat mereka pasti perkara yang utama dilakukan dengan cepat-cepat memberikannya makanan.

Perkara itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa risau. Walau bagaimanapun, kisah seorang individu pengguna TikTok ini menarik tumpuan ramai untuk tampil berterima kasih kepadanya.

Ini kerana, pengguna atas nama akaun Fennyerieya berkata bahawa dia yang selalu memberikan makan buat seekor ibu kucing yang difahamkan berada berdekatan dengan kedainya.

Ibu kucing

Namun begitu, lebih menarik perhatian ramai dengan videonya itu kerana individu tersebut dapat merakam momen dimana ibu kucing itu datang memindahkan seekor anak bulusnya agar lebih dekat dengan kedainya.

Situasi itu sangat mencuit hati netizen dan dalam pada masa yang sama berterima kasih kepada individu berkenaan kerana memberikan makan buat si ibu kucing itu dan anak bulus tersebut.

@fennyerieya95Mungkin sbb sllu bagi mkn ..dia bawa anak dia pindah dekat sikit dengan kedai kita pula😭🥰

♬ original sound – ѕ α נ ι ∂ κ н α и

Melalui respon-respon netizen di ruangan komen menerusi hantaran video itu di TikTok, nampaknya telatah si ibu kucing yang kecil berbanding anaknya yang gebu mengundang netizen tercuit hati dan dalam pada masa yang sama merasa lega kerana ada yang memberikannya makan.

“Alah alah pandai ye dia…”

Ibu kucing

“Comel je bawak anak dia macam tu”

IMG_20210924_105757_1IMG_20210924_105739

“Bersungguh dia gonggong anak dia tu”

IMG_20210924_105724

sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *