(Video) Satu-satu Lambung Masuk Lori, Viral Pemuda Kudung Tangan “Loading” Sawit, Kegigihannya Cari Rezeki Terima Pujian Ramai

‘Hendak seribu daya, taknak seribu dalih’ itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam satu video tular di TikTok ini.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @adyputrarumapea2 ini memaparkan seorang lelaki yang kudung sebelah tangan berpecah peluh mengangkat buah kelapa sawit ke dalam sebuah lori.

Video tersebut sebenarnya sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran kepada kita semua supaya usah mengeluh ketika berada dalam keadaan susah, sebaliknya teruskan usaha tanpa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.

Dalam video itu, tampak kesungguhan pemuda tersebut mengangkat buah kelapa sawit yang besar dan berat ke dalam lori itu dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja demi mencari rezeki yang halal.

Tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi video berkenaan. Walaupun begitu, video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mendapat hampir sejuta tontonan.

@adyputrarumapea2demi sesuap nasi #hidup di perantauan #

♬ Relaku Mengalah – Rheka Restu

Warganet yang menonton video tersebut turut mendoakan pemuda itu agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Sumber: @adyputrarumapea2 , siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *