Viral Mat Salleh Layan Busking Siap Tapau Lagu Jiwang Ini Dapat Perhatian Ramai Di TikTok

Kebanyakan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia biasanya kurang mahir berbahasa Melayu

Jika ada pun, mungkin mereka sudah bertahun menetap di sini dan telah mempelajari untuk bertutur bahasa Melayu daripada kenalan tempatan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang Mat Salleh menyanyi lagu jiwang di sebuah tapak busking mencuri tumpuan ramai.

Lihat video :

@zackkyyyyyyy♬ original sound – SATUUDUAATIGAA

Selamba ‘tapau’ lagu jiwang siap menyanyi bersama kumpulan busker

 

 

 

 

 

 

 

Menerusi perkongsian video daripada @zackkyyyyyyy, kelihatan Mat Salleh itu sedang duduk di depan kumpulan busker di sekitar Kuala Lumpur. Dipercayai video itu dirakam sebelum negara dilanda wabak Covid-19.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Mat Salleh tersebut dilihat selamba menyanyi sekali lagu jiwang yang sedang didendangkan oleh busker itu yang bertajuk Akulah Kekasihmu daripada kumpulan AXL’s.

Lebih menghiburkan lagi, dia sangat sporting apabila disuruh menyanyi di depan dan siap menghabiskan lagu itu.

 

 

 

 

 

 

 

“This video gonna be forever legend! Hebat bro ni punya minat” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 674.8K views, 87.3K likes dan 4.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terpesona dengan personaliti Mat Salleh itu yang bukan saja tampan, malah juga bersikap sporting.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *