Oyen Tersangkut Di Grill Tingkap, “Saje Dia Nak Suruh Abang Bomba Datang”

Kucing berbulu oren atau digelar Oyen sering mendapat perhatian umum gara-gara kenakalan haiwan ini. Saban hari ada sahaja perkara dibuat oleh Oyen yang mencuri perhatian ramai.

Salah satunya adalah rakaman terbaharu ini yang memaparkan seekor kucing berwarna oren tersangkut pada grill tingkap rumah. Dalam rakaman itu kelihatan si oyen tersangkut pada grill tingkap dan sedang diselamatkan oleh seorang pegawai bomba.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana haiwan itu boleh tersangkut pada ruang tersebut. Berikut adalah rakaman Oyen tersangkut di grill tingkap yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun itsme_rain84 ini:

@itsme_rain84Oyen oh Oyen…😹😹#fypシ #catlover #petstory #cutecat #oyenbarbar

♬ Bombastic – 𝘿2𝙈 💠𝙎𝙏𝙊𝙍𝙔💠

Dah macam manalah gayanya Si Oyen ini ya? Nakal betul! Mujur ada abang bomba datang selamatkannya. Dalam rakaman ini juga diberitahu ‘Oyen kalau tak buat hal memang tak sah’. Nampaknya Oyen memang cukup sinonim dengan kenakalannya.

Di ruangan komen perkongsian video Oyen tersangkut di grill ini, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Ko dah kenapa Oyen..Aku suruh ko welding dari luar bukan dari dalam”

Oyen tersangkut di grill 3

“Hahaha..Oyen..Oyen. Ko ingat badan kecik kan dah tersepit”

Oyen tersangkut di grill 2

“Saja dia nak suruh abam bomba datang rumah. Nak suh ngorat la tuhh”

Oyen tersangkut di grill 1

sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *