Calon Guru Kantoi, Guna Selipar Dilengkapi “Bluetooth” Untuk Meniru Dalam Peperiksaan

Seramai 10 orang dilaporkan telah ditangkap di India kerana merancang untuk menipu dalam peperiksaan dengan menggunakan peranti Bluetooth yang disembunyikan di dalam selipar mereka.

Difahamkan, Peperiksaan Kelayakan Rajasthan untuk Guru (REET) itu telah berlangsung pada Ahad lalu dan melibatkan 1.6 juta pelajar. Polis dikatakan mempunyai kebenaran untuk merampas akses internet mudah alih ketika peperiksaan itu berlangsung, lapor South China Morning Post.

Namun, sekumpulan pelajar dipercayai telah merancang menyelesaikan soalan peperiksaan dengan menggunakan peranti yang tersembunyi di dalam tapak selipar mereka yang boleh menerima panggilan biasa dan dihantar tanpa wayar ke alat penerima kecil yang tersembunyi di telinga mereka.

Mereka ditangkap setelah bertindak dalam keadaan yang mencurigakan di luar dewan sebelum peperiksaan bermula.

“Kami menyedari kemungkinan berlakunya penipuan tetapi kami fikir mungkin ia hanya melibatkan kebocoran kertas soalan atau seseorang akan menggunakan internet.

“Pun begitu, ini adalah modus operandi yang baru dan tidak pernah dibuat sebelum ini. Mereka semakin pintar,” kata seorang pegawai.

Siasatan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 25 pelajar telah membeli selipar dengan harga 600,000 rupee (RM33,879) sepasang.

Sumber: South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *