Wanita Memandu Sampai Gear Kereta Tercabut, “Awak Tak Salah…”

Kebiasaannya wanita sering kali dianggap sebagai bukan pemandu yang baik berbanding dengan lelaki. Namun itu semua bergantung juga pada skill memandu setiap individu. Baru-baru ini pula, satu kejadian melucukan berlaku pada pemandu wanita ini gara-gara gear kereta yang tercabut semasa dia memandu.

Kejadian melucukan itu turut sama menarik perhatian netizen ditambah pula dengan reaksi wanita ini yang mencuit hati. Dalam masa yang sama, netizen turut berseloroh ini semua bukanlah salah pemandu wanita itu sebaliknya salah kereta itu sendiri.

Jarang MYVI ndk buat hal‼️ kali ni gear tecabutt pulak dahhh🤦🏻‍♀️

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat memberhentikan keretanya di tepi jalan seolah-olah sedang mengalami kerosakan. Dia kemudiannya berkongsikan keadaan gear kereta yang dipegangnya itu di mana ianya sudah tercabut.

Dalam masa yang sama, rakannya yang berada di sebelah turut sama berdekah melihatnya apabila gear kereta itu dilihat berada dalam keadaan yang longgar. Malah wanita itu sempat berkongsikan keadaan gear itu yang tidak dapat digunakan gara-gara tercabut.

kereta

Situasi yang berlaku itu turut menyebabkan jalan raya sesak apabila kereta itu terpaksa diberhentikan di tepi jalan. Menurut wanita itu, punca sebenarnya adalah disebabkan skru mounting gear tersebut yang longgar sekaligus menyebabkan ianya tercabut.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat situasi lucu yang dikongsinya ini. Ada juga netizen yang tidak menyalahkan pemandu wanita itu sebaliknya menyalahkan keadaan kereta itu sendiri.

“Jangan risau awak tak salah. Yang salah kenapa letak gear kat situ.”

gear kereta

“Letak minyak gamat elok lah tu.”

pemandu

“Awak tak salah sumpah tak salah sebab awak perempuan kan. Ni semua salah myvi.”

komen

“Perempuan tak pernah salah yang salah gear itu sebab tercabut.”

tik tok

Sumber : himpunanceritalawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *