“Gas Aircond Sebenarnya Takkan Habis, Tak Perlu ‘Topup’ Setiap Kali Servis,”Juruteknik Ini Jelaskan Sebabnya

Mesti ramai daripada kita yang ada penghawa dingin atau aircond di rumah, tambahan pula yang tinggal di kawasan-kawasan bandar. Bagi yang tinggal di bandar, aircond dah jadi satu alat keperluan di rumah dek bahang panas di kawasan ni yang kadang-kadang ‘tak boleh bawa bincang’.

Macam yang kita tahu, aircond perlu diservis secara berkala untuk mengelak kerosakan lebih serius berlaku pada alat berkenaan. Tapi kebanyakan pemilik hanya akan servis aircond di rumah masing-masing jika ia bermasalah.

Setiap kali servis aircond, selalunya kita akan minta technician topup sekali gas aircond kan. Tapi sebenarnya perlu ke topup atau tukar gas aircond ni setiap kali servis?

Bagi yang masih minta abang-abang technician topup atau tukar gas aircond setiap kali servis, video yang diunggah di akaun TikTok @sayazuhri ni mungkin boleh tambah pengetahuan korang. Melalui video tersebut, juruteknik ni jelaskan yang gas aircond sebenarnya takkan habis atau kurang melainkan berlaku kebocoran.

Dalam erti kata lain, kalau aircond korang dalam keadaan baik dan tak bocor, gas aircond tak perlu ditambah sama sekali, apatah lagi nak tukar terus. Selain berlaku kebocoran, ada satu keadaan je yang korang disarankan untuk topup gas aircond ni. Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.

video :

@sayazuhriKorang tahu takk? #fyp #learnontiktok #tiktokguru #fypp #foryou

♬ original sound – Zuhripocoyo

Sumber: TikTok @sayazuhri , siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *