Hairan Pasu Bunga Penuh Pasir, Pelajar Ditahan Gugur & Sorok Janin Usia 7 Bulan

Zaman sekarang, masalah-masalah sosial semakin berleluasa melibatkan remaja yang masih bersekolah ataupun sedang menuntut di universiti. Ramai yang tersilap memilih rakan atau terjebak dengan perbuatan-perbuatan negatif ketika saling berkenalan di media sosial ataupun aplikasi mencari jodoh.

Seorang mahasiswi universiti tempatan mengadu tak sihat…Didapati baru sahaja lalui proses gugur

Terbaru tular satu kejadian yang berlaku di Kalimantan Timur seorang mahasiswi sebuah universiti tempatan telah pun dibawa menerima rawatan kerana mengadu tidak sihat. Pemeriksaan lanjut mendapati pelajar perempuan berkenaan seperti baru sahaja mengalami proses penguguran

Janin berusia 7 bulan telah disorokkan dalam sebuah pasu bunga…Ambil pil serta minuman bikarbonat

Ia akhirnya membawa kepada penemuan satu janin berusia 7 bulan yang telah disorokkan dalam sebuah pasu bunga di rumah sewa milik gadis berkenaan. Jasad tersebut kemudiannya cuba ditutupi dengan pasir sebelum dijumpai 2 hari kemudian. Rupa-rupanya pelajar berkenaan telah pun mengambil pil untuk gugurkan kandungan serta minuman bikarbonat bagi memastikan ia berjaya.

Pemilik rumah sewa tak syak apa-apa sebab senyap…Tapi selalu pakai telekung bila keluar

Menerusi portal Merdeka, pemilik rumah sewa berkenaan sama sekali tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada mahasiswi tersebut. Namun dia dikenali sebagai seorang yang senyap selain sering mengenakan telekung ketika keluar rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *