Nenek Meninggal Dalam Kereta Dipandunya, Aliff Syukri Sedih Tapi Reda

KEHILANGAN orang tersayang diibaratkan seperti separuh jiwa hilang. Pilu dan sedih sedang dilalui usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri susulan pemergian nenek tersayang.

Difahamkan nenek Aliff yang juga ibu kepada pengasas usahawan Rozita Ibrahim, meninggal dunia, Allahyarham Aminah Satar meninggal dunia sekitar pukul 1.30 pagi Ahad.

Arwah menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida ketika menuju ke hospital Kuala Kubu Bharu. Kongsi Aliff, arwah baharu dibawa pulang ke kediaman mereka di Batang Kali.

Menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram, Aliff memaklumkan nenek tersayang, Allahyarham Aminah Satar menghembuskan nafas terakhir di dalam kereta yang dipandu beliau.

“Sukar untuk saya luahkan perasaan saya ketika ini yang saya masih tidak boleh terima hakikat nenek meninggal dunia dalam kereta ini.

“Saya ambil nenek daripada hospital dalam keadaan sihat dan dengan kereta ini juga saya hantar nenek untuk urusan pengkebumian,” tulis Aliff.

Ujar Aliff, dia bersama kakaknya, Yatie Kamarzaman pernah tinggal dengan nenek mereka. Malah wanita itu menjadi tempat bermanja sehingga sudah dianggap seperti ibu sendiri.IKLAN

Dalam pada itu, Rozita dalam dalam hantaran di Instagram turut meluahkan rasa sebak atas kehilangan ibunya.

“Kasih sayang yang tanpa mengharapkan balasan serta tidak akan terbalas adalah kasih sayang seorang ibu buat anak-anaknya

“Apabila seorang ibu menghembuskan nafas terakhirnya, maka hilanglah salah satu keberkahan dari ALLAH untuk kita, iaitu doa dari seorang ibu untuk anak-anaknya,” tulisnya.

“Ya ALLAH kuatkan hati kami dengan dugaan kali ni. Nenek ialah queen bee kami semua. Sekeluarga berkumpul demi dia.

“Ceria kami sekeluarga sebab ada nenek sama-sama. Nenek jaga Kak Yatie adik beradik masa kecik. Memori yang tak akan ditukar ganti. Kita jumpa nanti nek. Macam kita borak-borak hari tu, kita semua jumpa lagi sebagai keluarga semula insya-ALLAH,” kongsinya di Instagram.

Difahamkan Allahyarham mengalami kegagalan buah pinggang di mana jantungnya hanya berupaya berfungsi 40 peratus.

Takziah diucapkan kepada Datuk Seri Aliff Syukri sekeluarga atas pemergian nenek tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris, @bondarozitaibrahim, @yatie_kmrzmn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *