[VIDEO] Khusyuk Hidu Dari Tingkap, Suami Pasrah Bini Hamil Mengidam Nak Bau Tar

Isteri bukanlah sifat yang pelik dan sengaja mengada-ngada. Realitinya hamilkan anak selama tempoh 9 bulan 10 hari bukanlah satu proses yang mudah, maka para suami haruslah memahami serta sabar melayan 1,001 karenah isteri. Tak dapat dikawal, malah ada kalanya perasaan mengidam itu datang sendiri tanpa sengaja.

Isteri hamil mengidam nak bau tar…suami sempoi layankan

Itulah yang turut dilalui oleh seorang lelaki bernama Nazir menerusi perkongsian sebuah video di TikTok baru-baru ini. Gara-gara sedang berbadan dua, isterinya meluahkan permintaan pelik iaitu mengidam bau cat dan jalan tar. Demi cinta dan kasih sayang, dia pun sporting layankan permintaan tersebut.

Mujur senang nak jumpa…terus ‘khusyuk’ dapat hidu

Setibanya mereka di sana, si isteri nyata gembira dan khusyuk ‘menghirup’ bau tar meskipun cuma dari tingkap kereta. Menurut Nazir, mujurlah kebetulan masa itu ada projek menurap jalan melibatkan sebilangan pekerja dan jentera yang berdekatan tempat tinggal mereka. Namun begitu, dia akui ‘pening’ sekiranya isteri mengidam permintaan yang lagi ‘bukan-bukan’ daripada kali ini

Eloklah tu bang daripada minta makanan mahal…jenuh nak cari

Secara keseluruhan, video tersebut meraih lebih 100 ribu views dan pelbagai reaksi terhibur netizen. Di samping akui mengidam bau tar juga, mereka turut berkongsi pengalaman mengidam benda-benda pelik daripada kebiasaan dan selain daripada makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *