[VlDEO] Kasut Penghantar Barang J&T Dah R0sak, Lelaki Masuk Rumah Terus Beri Yang Baru

Berbuat baik rasanya tak perlu tunggu senang. Kadang kala pemberian kecil yang kita lakukan besar maknanya kepada sesetengah orang.

Beri kasut kepada penghantar barang

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @erinerahim apabila memuat naik satu video menunjukkan suaminya memberi sepasang kasut kepada seorang penghantar kurier ketika pekerja berkenaan menghantar barang ke rumahnya.

Menurut wanita itu, pada awalnya dia tidak menyedari perkara tersebut. Namun terlihat yang suaminya berborak lama dengan penghantar kurier di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke dalam rumah dan mengambil sepasang kasut yang masih elok.

Suaminya berharap pemberian tersebut dapat digunakan untuk tujuan bekerja selepas melihat kasut yang dipakai penghantar kurier berkenaan sudah r0sak.

Namun pekerja terbabit memaklumkan kasut berjenama yang diberi itu masih sesuai untuk dibawa berjalan-jalan.

Bagus buat k0nten tak buka a1b

Situasi tersebut sangat bermakna dan mendapat pujian ramai selepas video yang diambil secara diam-diam itu dimuat naik ke aplikasi TikT0k.

Rata-rata meninggaIkan komen positif dan sempat mendoakan agar pemberi kasut dan penghantar kurier itu dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia dan akh1rat.

VlDEO:

@erinerahim Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik² disekeliling kita #berkongsirezeki #J&T #fypシ #foryourpage ♬ original sound – 𝕰𝖗𝖎𝖓𝖊 𝕽𝖆𝖍𝖎𝖒

Sumber: TikTok @erinerahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *