Isteri Penat Kerja Siang Malam, Suami Habiskan Duit Bagi ‘Diamond’ Dekat Awek Bigo

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami tercinta lebih ‘melayan’ wanita lain berbanding dirinya. Begitulah kisah wanita ini yang menjumpai banyak transaksi pembayaran yang dilakukan oleh suaminya kepada gadis-gadis di aplikasi Bigo.

Dapat tahu suami transfer duit bagi dekat perempuan lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh Rqkyla di TikTok, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui perbuatan suaminya itu. Ujarnya, dia bekerja siang malam untuk membantu suaminya menyara keluarga namun tidak sangka ini yang balasan yang diterima.

Aku yang kerja dari pagi sampai pagi esoknya demi bantu suami untuk memenuhi keperluan keluarga.

Lebih mengejutkan lagi apabila suaminya banyak memberi diamond kepada gadis-gadis di aplikasi berkenaan. Diamond tersebut perlu dibeli terlebih dahulu sebelum boleh diberikan kepada mana-mana pengguna aplikasi tersebut yang sedang membuat live.

Tapi rupanya suami aku bagi hadiah dan transfer diamond dengan gadis-gadis Bigo.

Dalam pada itu, wanita berkenaan berterima kasih kepada yang menyokong serta memberi kata-kata semangat kepadanya dan dia turut mendoakan agar wanita di luar sana dijauhkan daripada mempunyai hubungan toksik sepertinya.

Video berdurasi 16 saat tu meraih lebih 687 ribu tontonan dan mendapat lebih 45 ribu tanda suka.

‘Jangan jaga biawak hidup sis’

Minta talak aja

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut berasa kesal dengan perbuatan suami wanita berkenaan. Malah ada di antara mereka yang memberi kata-kata semangat kepadanya supaya tetap kuat.

Untuk pengetahuan anda, Bigo adalah aplikasi di mana seseorang boleh membuat live streaming dengan pelbagai content menarik di mana penonton yang berpuas hati boleh memberikan diamond kepada mereka. Diamond itu kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang ringgit dan di sinilah ramai anak muda membuat duit khususnya perempuan. Penemuan resit online itu benar-benar meruntun jiwa, namun dia berterima kasih kepada yang memberikan kata semangat.

Sumber : rqkyla

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *