[VIDEO] Nampak ‘Benda’ Melintas Masa Akad Nikah, Pengantin Wanita Tiba-Tiba Meracau Macam Kena Sampuk

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mempunyai impian untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan hidup bersama buat selama-lamanya. Perancangan yang rapi perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi memastikan majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Pengantin kena rasuk

Namun, seperti video dikongsi seorang gadis dari negara Indonesia, dikenali sebagai Sulissetiyawati86 di laman TikTok memaparkan satu kejadian ‘aneh’ yang menimpa pengantin wanita. Menerusi video tersebut, pengantin wanita itu dilihat secara tiba-tiba meracau ketika Tok Kadi membaca doa sebelum dia ditenangkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya.

Tengah ijab kabul, ada ‘benda’ lalu atas kepada pengantin perempuan. Kenapa ya?

Keadaan di situ menjadi cemas dan pemilik video tersebut mendakwa terlihat kelibat yang melintas di atas kepala pengantin wanita. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada netizen yang ingin mengetahui punca kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa ‘benda’ tersebut mungkin dihantar oleh bekas kekasih wanita ini gara-gara putus cinta. Namun, ketika artikel ini ditulis tiada info lanjut berhubung kejadian ini.

Video penuh:

Respon netizen

Sumber: Sulissetiyawati86

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *