[VIDEO] Tergamam Lihat Kelibat Misteri Dalam Gelap, Wanita Ini Cuba ‘Follow’ & Terkejut Rupanya Bomoh Berubah Jadi…

Sejak semalam, tular beberapa video pendek di laman TikTok, memaparkan seorang bomoh yang didakwa mahu merogol dua gadis di dalam sebuah pondok kecil. Menerusi bahasa yang digunakan, kejadian ini dipercayai berlaku di Indonesia.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet yang ‘seram’ melihat kelibat bomoh itu.

Bomoh didakwa rogol 2 gadis

Menerusi video dimuat naik oleh Karol Inoviani pada 29 September yang lalu, menceritakan dia cuba menghalang tindakan seorang bomoh daripada merogol dua gadis. Namun, kehadiran wanita ini sama sekali tidak disenangi oleh bomoh berkenaan.

Sudah terlambat untuk kedua-dua gadis ini.

Wanita ini pada mulanya cuba membaca ayat suci Al-Quran dan melawan bomoh tersebut namun, dia akhirnya tersungkur dan muntah darah sebelum bomoh tersebut melarikan diri.

Saya, bagi pihak Karol Inoviani, tidak meminta kepercayaan daripada sesiapa yang melihat video ini dan saya juga tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana pihak. Jangan berdebat mengenai adegan ini, ambil yang baik dan buang yang buruk.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada laporan lanjut daripada media tempatan. Wanita tersebut dikatakan seorang pengamal perubatan Islam yang selalu berkongsi video merawat pesakit yang terkena sihir.

Video yang dipaparkan di bawah mungkin mengandungi unsur khurafat yang merupakan perbuatan syirik dan dosa besar lantaran ia merosakkan akidah kerana mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

Video penuh:

Sumber: Karol Inoviani

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *