Wanita kahwini bapa kekasih

JAKARTA – Luahan hati seorang wanita baru-baru ini yang mendedahkan telah berkahwin dengan bapa kepada teman lelakinya sendiri menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com.

Menurut satu video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @ys.amri, wanita itu mendedahkan bahawa teman lelakinya bersed!h selepas kemat!an ibunya.

Enggan lelaki itu terus bersed!h, wanita itu kemudiannya melakukan satu tindakan yang tidak disangka-sangka iaitu berkahwin dengan bapa teman lelakinya sendiri.

“Ibu teman lelaki saya men!nggal dunia. Oleh kerana tidak mahu dia bersed!h, saya mengambil keputusan berkahwin dengan bapanya supaya teman lelaki saya kembali mempunyai seorang ibu,” tulis wanita itu pada keterangan video TikTok tersebut.

Pengakuan itu kemudiannya menjadi perbualan netizen yang kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi dan pendapat.

“Mulianya hati awak,” tulis seorang netizen.

“Ini barulah seorang kekasih yang memahami,” tulis seorang lagi netizen.

“Tajuk bagi filem ini nanti adalah ‘Ibu tiriku kekasihku’,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *