“Abang baju merah, real hero!”- Tular Video Belasah Teman Wanita, Tindakan Pantas Lelaki Baju Merah Tarik Perhatian.

Wanita untuk disayangi, bukan dikasari apatah lagi dipukul bertubi-tubi. Tapi, ada juga individu yang tergamak bertindak di luar jangkaan apabila tidak dapat menahan emosi marah.

Terbaharu, tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang lelaki ‘menyerang’ dan memukul teman wanitanya di sebuah kedai makan di Jalan Pending, Kuching.

Video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 saat itu dimuat naik di akaun Made In Borneo sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan di Pending petang tadi (semalam). Seorang lelaki telah menyerang dan membelasah seorang wanita yang juga kekasihnya.
“Susulan daripada kejadian, pekerja kedai makan telah membantu membelasah lelaki berkenaan,” tulis kapsyen posting Facebook tersebut.

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, lelaki terbabit telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sebelum ditahan anggota polis.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan salah faham antara pasangan kekasih warga tempatan berusia 30-an itu.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Difahamkan, mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksy3n 323 Kanun Kes3ksaan.

Tertarik dengan kepantasan lelaki berbaju merah yang menyelamatkan wanita itu dari terus di belasah, netizen memuji tindakan lelaki berkenaan

Sumber: Harian Metro (Melvin Joni) , Facebook Made In Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *