Hantar Sihir Kalau Tak Teman Video Call, Wanita Dedah ‘Group Chatting’ Seram Di IG

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah memasuki sebuah kumpulan sembang (group chatting) yang menyeramkan di media sosial Instagram.

Cerita wanita tersebut, ‘group’ tersebut dipercayai telah dikendalikan seorang lelaki menerusi sebuah video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Lebih menyeramkan, lelaki tersebut turut menunjukkan bukti di mana dia akan melakukan ritual ilmu hitam dan sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video dengannya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga memuat naik foto gadis-gadis yang telah menjadi mangsa ‘sihirnya’ sebelum ini.

Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakan Instafamous. Saya buka pesanan suara, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir. Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah.

Komen TikTokSumber : TikTok  
Komen TikTokSumber : TikTok  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *