Kepala Tersangkut Di Lubang Kaunter Pertanyaan, Muka Gadis Merah Padam

KAUNTER pertanyaan lazimnya akan dibina sebuah tingkap kecil bagi memudahkan urusan. Ia sama ada di bina pada bahagian tengah atau bawah.

Adakalanya, lubang kecil berkenaan menyebabkan kita tidak dapat mendengar dengan jelas informasi yang disampaikan, terutamanya apabila pemakaian pelitup dan pelindung muka.

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok video yang memaparkan aksi seorang gadis berkaca mata yang mana kepalanya tersangkut pada lubang kaca di sebuah kaunter sebuah premis.

Video berdurasi 16 saat itu jelas menunjukkan kepalanya tersangkut. Gadis berkenaan cuba menarik keluar kepalanya namun tersekat pada bahagian telinga.

Hasil pertolongan orang disekitarnya, gadis berkenaan berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya terhibur dengan situasi yang berlaku. Malah ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga membolehkan dia memasukkan kepalanya ke dalam lubang kaunter berkenaan.

Diharapkan korang tidak melakukan perbuatan  berbahaya seperti ini. Tambahan pula jika panik.

Jika tidak dibantu orang sekeliling, ia berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.

Sumber: TikTok @bangsatt23

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *