[VIDEO] Dah Rancang Bulan Madu, Bakal Isteri Buat Hal ‘Last Minute’. Lelaki Nekad Bakar Cek RM15k Bawa Diri Pergi Langkawi

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan untuk menghalalkan perhubungan tersebut namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jika sesebuah perhubungan tersebut ‘terkandas’ di tengah jalan kedua-dua pihak perlu akur dan menganggap tiada jodoh antara mereka berdua.

Hasrat tidak kesampaian

Seperti video yang meraih pelbagai respon daripada wargamaya dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ferd.Mansor di laman TikTok, berkongsi rasa sedih dan kecewa apabila hasrat untuk menghalalkan kekasih hati tidak kesampaian. Menerusi video pendek dikongsi, kekasihnya dipercayai membatalkan majlis perkahwinan mereka sebulan sebelum hari penuh bahagia itu tiba.

Awak batalkan majlis perkahwinan sebulan sebelum hari bahagia kita.

Bukan itu sahaja, lelaki ini turut membakar cek yang bernilai RM15k namun, tidak dapat dipastikan cek tersebut bakal diberikan kepada siapa. Bercerita lebih lanjut, lelaki cekal ini pada mulanya telah merancang untuk membuat kejutan dan membawa bakal isterinya kepada Pulau Langkawi, sebagai destinasi bulan madu namun, angan-angan tersebut sama sekali tidak kesampaian.

Tempat yang sepatutnya jadi tempat kita bulan madu. Saya rancang untuk buat kejutan kepada awak.

Apa yang lebih menyakitkan, apabila bekas kekasihnya sempat menitipkan pesanan kepada lelaki ini.

Cara awak bercinta bukan macam yang saya nak.

Semoga awak cari yang lebih baik.

Video penuh:

Stay strong bro!

Sumber: Ferd.Mansor

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *