“Maka, esok bebaslah” Selain boleh balik kampung, PM umum perkara lain yg mengembirakan rakyat Malaysia

SAAT yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia akhirnya sudah tiba.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang mengumumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula Isnin.

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

“Oleh itu seperti yang dijanjikan tentang rentas negeri berdasarkan vaksinasi dua dos, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.

“Kebenaran dan kebebasan ini akan bermula pada esok (Isnin). Maka, esok bebaslah. Ini yang ditunggu-tunggu masyarakat,” ujarnya.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada Ahad petang.

Sementara itu, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan. Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin,” ujar Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walau dimana jua mereka berada.

Dengan pengumuman tersebut, rata-rata netizan melahirkan rasa keterujaan dan lega setelah sekian lama tidak menjenguk ibu bapa di kampung

“Alhamdulillah. Mana yang rindu mak ayah, boleh cepat² balik kampung..pastikan test dulu kat covid test ya..kami yang dekat dengan mak ayah ni duduk diam² pulak.”

Sebelum ini kerajaan memaklumkan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan sekiranya kadar vaksinasi di seluruh negara mencapai 80 peratus.

Bagaimanapun kerajaan kemudian mengumumkan perjalanan rentas negeri hanya akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Ismail Sabri menjelaskan langkah ini diambil untuk memastikan tiada negeri ketinggalan.

Pada 8 Oktober lalu, Ismail Sabri berkata kebenaran rentas negeri akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan berkuat kuasa secara serentak di seluruh negara

Setakat semalam, sebanyak 89.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *