Walaupun Muntah Dalam Kereta, Wanita Terharu Kampung Di Afrika Dapat Telaga Air

Jikalau rasa mengeluh kerana belum kaya, hakikatnya ramai lagi orang di luar sana yang lebih miskin dari kita. Bagi yang mengikuti perkembangan influencer Fila Amir bersama suaminya Adama Mohamed Camara, pastiu nya dapat melihat banyak dugaan yang dilalui penduduk di Guinea, Afrika Barat.

Sebelum ni terpaksa beli air…sekarang boleh dapat di telaga & pam air sumbangan rakyat Malaysia

Menerusi Instagramnya, Fila Amir berkongsi bahawa penduduk beberapa kampung di kawasan padalaman terpaksa membeli air demi urusan harian masing-masing. Justeru, dia bersama suami meluahkan rasa terharu susulan telaga dan pam air telah siap dibina di sana berkat sumbangan wakaf rakyat Malaysia.

Muntah tak henti, sampai separuh plastik hitam…tapi bila tengok pak cik mak cik happy dapat telaga memang tak menyesal

Dalam pada itu, wanita berumur 26 tahun berkenaan akui dirinya tidak boleh makan banyak sebelum merantau jauh untuk masuk ke bahagian pedalaman selain jalannya juga tidak rata. Namun setibanya di sana, dia tidak sampai hati menolak makanan yang disediakan. Gara-gara itu dia akhirnya muntah sepanjang perjalanan balik, namun langsung tidak menyesal apabila melihat wajah gembira penduduk tempatan selepas dapat sumbangan tersebut

Sedih & terharu tengok mereka syukur dapat nikmat air…semoga pengorbanan terbalas dengan pahala

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh apabila melihat penduduk di sana teruja dapat air percuma. Selain berharap Fila kembali sembuh daripada mual, mereka turut memuji jasa pasangan suami isteri berkenaan menyampaikan amanah dari Malaysia bagi membantu masyarakat di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *