Isteri Hamil 4 Bulan, Pengantin Muda Terkedu Tengok Kereta Terbakar Depan Rumah

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan itulah peribahasa yang paling sesuai untuk digunakan bagi seorang jejaka ini apabila satu-satunya kereta miliknya, Myvi rosak dalam kejadian kebakaran pada Rabu minggu lalu.

Menurut Muhammad Nurhasif Rahmat, 21, kebakaran gudang perabot di hadapan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong, Selangor turut merebak sehingga merosakkan bahagian belakang keretanya itu.

Lebih menyayat hati katanya kepada mStar, dia baru sahaja empat hari berpindah di kediaman itu dan kini buntu untuk keluar bekerja apabila kereta berkenaan terpaksa di hantar ke bengkel buat sementara waktu.

Mesra disapa sebagai Hasif, dia memberitahu lapan trak bomba turut dikejarkan ke lokasi itu sebelum api yang marak berjaya dipadamkan sekitar pukul 5 pagi.

Tambahnya lagi, biarpun kereta tidak rosak sepenuhnya, ia tetap memberi kesan yang besar untuk jejaka itu kerana isterinya, Nurul Farah Eszurin M Azmi, 21, kini sedang hamil empat bulan.

Dalam pada itu, dia turut berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya dan isteri bagi bebanan yang terpaksa ditanggungnya atas kerana kejadian yang berlaku ini.

Semoga Hasif dan isteri kekal tabah hadapi ujian ini.

SUMBER : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *