“Pedih Tu…” Tak Sampai 24 Jam Melaram, Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir

Sentiasa menjadi rebutan, model Honda Civic FD pastinya masih tetap diminati serta pilihan dalam kalangan peminat kereta.

Terbaru, tular di aplikasi TikTok apabila sebuah Honda Civic milik seorang individu yang dipercayai milik sahabatnya telah ditelenggami air banjir di bahagian luar serta turut memasuki bahagian ruangan kabin kereta tersebut.

Insiden tersebut dilaporkan telah berlaku di seekitar kawasan perumahan Taman Sri Berembang, Klang.

Meskipun video tersebut hanyalah berdurasi selama 10 saat, namun ‘kepedihan’ melihat kereta tersebut dimasuki air turut dirasai netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan takziah dan berharap pemilik kereta berkenaan tabah dengan ujian yang menimpa dirinya.

Difahamkan juga pemilik Honda Civic itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi membaiki beberapa lagi keretanya yang baru sahaja diletakkan di kawasan rumah tidak sampai 24 jam.

Bertabahlah ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *