[VIDEO] 5 Bulan Kahwin Duduk Menyewa, Baru Tahu Rumah Disewa Rupanya Isteri Yang Punya

Bagi pasangan yang baru berkahwin, pasti masing-masing sudah terlebih awal bersedia mencari rumah sewa untuk tinggal bersama. Tak kiralah sama ada yang jenis landed atau tinggal di kediaman tinggi, asalkan cukup selesa dan juga sepadan dengan kemampuan untuk membina keluarga.

Sempat cerita pengalaman mengejutkan…Baru kahwin rancang nak duduk rumah sewa dulu

Sepertimana pasangan lain yang baru kahwin, seorang lelaki bernama Aqim ini juga sempat menceritakan pengalaman mengejutkan. Katanya, mereka pada awalnya memang sudah merancang untuk menyewa rumah sahaja terlebih dahulu.

Lah rupa-rupanya rumah sewa tu isteri yang punya…5 bulan dah kahwin baru dapat tahu

Keputusan tersebut diambil memandangkan suami isteri berkenaan masih lagi dalam proses menguruskan kewangan serta komitmen yang ada. Walau bagaimanapun setelah 5 bulan berkahwin, barulah lelaki tersebut mengetahui satu perkara sebenar di mana rumah yang disewa selama ini adalah merupakan hak milik isterinya sendiri.

Isteriku tuan rumah, dah macam cerita novel jam 7…Biarpun tahu itu rumah dia, tetaplah bayar sewa ye

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan. Selain merasa kagum dengan tindakan si isteri yang bijak dalam berbisnes, ramai juga menasihatkan Aqim supaya tidak lupa akan tanggungjawab sediakan nafkah seperti biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *