Harga Cecah Ribuan Sepokok, Acik Ini Tergamak Rembat Pokok Keladi Masjid

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan, ramai pula yang mula menunjukkan minat untuk bercucuk tanam pokok hiasan dan juga sayur-sayuran di halaman rumah.

Ternyata, pokok hiasan juga dapat menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit contohnya jenis pokok keladi yang dipasarkan sekitar RM10 hingga ribuan ringgit bergantung pada jenis dan bakanya.

Dianggap bernilai bagi penggemar tanaman pokok hiasan, muncul pula kes kecurian melibatkan pokok jenis itu atau lebih dikenali sebagai caladium yang semakin berleluasa dari hari ke hari.

Terbaru, tular di media sosial kes kecurian pokok keladi yang berlaku di sebuah masjid bertempat di Kelantan.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dan wanita telah datang ke masjid pada waktu malam dan kemudiannya mengambil dua pokok jenis itu yang diletakkan di laman masjid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *