Niat Untuk Bercuti Berakhir Dengan Kecewa Apabila Apartment Yang Dibooking Rupanya Telah Ditutup.

Port Dickson – Hajat sebuah keluarga utk bercuti bersama di sini berakhir kecewa dan geram bila sebuah apartment yang dibooking mereka untuk diinap selama sehari rupa-rupanya telah ditutup.

Nursuhaida Zainal Abidin, 35 tahun, dari Senawang, Seremban berkata, dia berasa kecewa kerana pangsapuri tersebut telah ditempahnya menerusi sebuah laman media sosial tempahan penginapan pelanc0ngan terkenal.

“Semalam lebih kurang jam 2.40 petang ketika kami mahu memasuki pangsapuri tersebut, saya telah berjumpa dengan se0rang lelaki yang juga merupakan pemiliknya yang memberitahu premis tersebut ditutup akibat lif tempat penginapan tersebut r0sak.

“Lelaki itu juga memberitahu pangsapuri itu telah ditutup sejak bvlan Mei lepas dan turut telah menyekat supaya ia tidak boleh lagi ditempah menerusi laman media sosial tersebut.

Katanya sebelum ini turut telah berlaku keJadian sama dan saya bukan merupakan orang yang pertama kali,” katanya semasa ditemui semalam.

Nursuhaida berkata, dia telah membuat pembaYaran penuh sebanyak RM164 untuk menginap di pangsapuri itu dan oleh kerana berasa tert1pu, dia dan suami telah membuat lap0ran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson semalam.

“Saya kecewa kerana sekiranya pangsapuri itu telah ditutup, laman media sosial tersebut tidak sepatutnya memprom0sikan penginapan tersebut lagi.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pengendali platf0rm tersebut menerusi e-mel namun masih belum menerima maklum balas.

“Meskipun kervgian di pihak kami tak besar nilainya namun saya harap dengan lap0ran polis yang dibuat, pihak berkuasa dapat membuat siaSatan agar perkara sama tidak berlaku kepada orang lain nanti,” katanya.

Nursuhaida menambah, dia juga difahamkan bahawa pemilik pangsapuri tersebut juga telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut sebelum ini.

Sumber utusan online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *