Terkilan 8 Tahun Belum Hamil, Wanita Nangis Berangan Sumbat Bantal Dalam Baju

Individu yang belum merasa pengalaman rahim mereka dihuni ‘malaikat kecil’ boleh disifatkan sebagai wanita tabah. Berbanding suami, si isteri sering diasak dengan pelbagai soalan tentang kehamilan hingga akhirnya jiwa merana. Kadangkala dalam diam saat duduk seorang diri, mereka mula berangan menjadi ‘mak buyung’ persis kisah di bawah ini.

Sengaja masuk bantal dalam baju biar rasa macam perut ibu hamil

Rakaman TikTok wanita cantik ini saat sedang bersendirian dengan wajah sugul telah menjadi tular. Mahu mengetahui bagaimanakah rasanya perut ibu yang hamil, dia sengaja menyumbatkan bantal ke dalam baju sekali gus menitiskan air mata kesedihan. Sudah 8 tahun lamanya menanti, kini dia masih belum pernah mengandung.

Orang kata kena makan itu ini, ujian pemeriksaan sperma semua dah buat

Bercakap soal ikhtiar hamil, dia mengakui sudah mencuba pelbagai alternatif termasuklah makanan tambahan serta melakukan ujian kesuburan. Namun dia tetap sabar kerana Allah masih belum memberikan nikmat berkenaan dalam rumah tangganya.

Moga Allah cepat bagi awak buah hati ya…Cuba ambil anak angkat buat pancing kata orang tua

Seakan-akan memahami dilema tersebut, ramai netizen wanita memberikan komen berunsurkan kata-kata semangat. Tidak ketinggalan juga yang berkesempatan berkongsikan usaha mengambil anak angkat terlebih dahulu supaya rezekinya ‘menular’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *