(Video) Tindakan Lelaki Pacak Payung Dan Tinggalkan Untuk Kucing Berteduh Ketika Hujan Tuai Pujian

Kucing merupakan haiwan yang sering mendapat tempat di hati ramai orang terutamanya pencinta haiwan. Apa tidaknya, gelagatnya yang comel dan manja membuatkan ramai yang jatuh hati. Terdapat pelbagai jenis kucing yang popular seperti Bengal cats, persian cats, dan juga British Shorthair.

Boleh dikatakan, kucing sseperti itu sering mendapat penjagaan yang sangat rapi, pun begitu bagaimana pula dengan kucing yang berada di jalanan. Jangan tidak sedar, sebenarnya ramai insan yang berhati baik sering membantu kucing yang berada di jalanan seperti satu video yang dipaparkan oleh Daily Mail.

Melalui rakaman tersebut, seorang lelaki dilihat sangat prihatin terhadap kucing itu ketika hujan yang lebat sedang turun. Pada awalnya, lelaki itu dilihat memegang payung dan berteduh bersama kucing tersebut. Setelah beberapa ketika, video itu memaparkan payung tersebut telah dipacak dan menjadi tempat kucing itu berteduh ketika hujan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet nampaknya senang dengan tindakan lelaki itu dan memujinya yang sanggup ‘mengorbankan’ payung tersebut supaya kucing itu dapat berteduh.

Sumber: Dailymail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *