Selain Marah Atuk Tua, Baim Wong Pernah Suruh Tutup Pagar Ketika Rider Pengsan

Sejak semalam lagi, tular di serata media sosial tentang seorang pelakon terkenal Indonesia iaitu Baim Wong apabila telah dikecam hebat kerana memarahi seorang warga emas di hadapan rumahnya. Tindakan tersebut katanya diambil kerana tidak suka melihat orang sesuka hati mengemis tanpa sebarang usaha.

Lelaki tu dah dari awal bertandang depan rumah nak duit…Lepas tu siap ekori, itu yang Baim marah

Sedar diri kini menjadi bualan ramai, Baim menjelaskan lelaki tua itu sudah sedari awal bertandang di hadapan rumahnya menjerit-jerit mahukan wang ringgit. Selepas degil masih mengekori walaupun sudah memberikan wang, barulah pelakon berkenaan mengambil tindakan menegur seperti itu.

 

Pernah banyak kali dah orang susah datang minta duit sampai rumah…Siap ada berlakon pengsan

Rupa-rupanya, ini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku melibatkan orang susah mengikutnya sampai ke kediaman demi meminta bantuan kewangan. Sebelum ini pernah juga tular di mana seorang rider berlakon jatuh pengsan di hadapan pagar. Walau bagaimanapun, selebriti tersebut sama sekali tidak menghiraukannya lalu minta untuk pagar berkenaan ditutup segera.

Memang jelas-jelas nampak lelaki tu berlakon je…Jangan lupa 1001 kebaikan hanya kerana 1 salah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat yang berbeza-beza. Ramai yang memihak kepada Baim, namun ada juga mengakui situasi atuk tua itu sedikit berlainan dengan keadaan rider sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *