Sesat Masuk Hutan Sebab Ikut Waze, Sekali Ada ‘Benda’ Jatuh Atas Bumbung Kereta.. – Selalu Orang Kena Dekat Situ’

Seorang lelaki bersama rakan-rakannya berdepan satu detik cemas dan seram apabila aplikasi Waze memberi jalan yang lain daripada kebiasaan ketika mereka mahu pulang ke ibu kota, Kuala Lumpur.

Pengalaman seram

Kisah seram ini dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Hakimi menerusi satu video di laman TikTok. Kisahnya bermula apabila mereka menuju ke Gombak, bagi menikmati menu bingsu sebelum pulang menggunakan aplikasi Waze. Bagaimanapun, aplikasi tersebut membawa mereka ke satu jalan yang sunyi dan gelap.

Pergi Gombak nak makan Bingsu je, balik dari sana jadi macam ini. Akak Orang Asli yang tolong kitaorang tu cakap dah selalu orang kena dekat situ.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut memperincikan keadaan jalan tersebut yang berbukit-bukit dan mereka sama sekali tidak boleh untuk berpatah balik. Apa yang lebih mengejutkan, apabila secara tiba-tiba terdapat objek yang dipercayai jatuh di atas bumbung kereta berkenaan.

Atas kereta ada benda hentak. Tepi-tepi tu gaung.

Detik cemas itu akhirnya berakhir apabila mereka sampai di hujung jalan dan terjumpa perkampungan Orang Asli.

Diorang tolong bawa kitaorang keluar dari sini. Masa ini perasaan tu memang mengucap je mampu. Scary nak mam**s. Bumper kereta memang hancur guys. Alhamdulillah lepas 1 jam 10 minit, kitaorang nampak dah jalan besar.

Video penuh:

Sumber: Firdaus Hakimi

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *