Suami Pandang Tak Berkelip, Wanita Cantik Viral Kahwin Lagi Di Usia 50 Tahun

Seiring dengan berlalunya masa-masa silam, pastinya wanita bergelar ibu tunggal akan terbuka hati mengenali pengganti baru andai sudah begitu takdirnya. Kadangkala majlis yang dijalankan tidak perlu mewah pun kerana asas kebahagiaan adalah sikap saling percaya serta ikhlas menerima kekurangan masing-masing apa adanya.

Mak saya muda gila…Ramai ingatkan umur 30 tahun

Terbaru di TikTok, seorang anak telah berkongsikan detik-detik persandingan ibunya yang berkahwin lagi pada usia 50 tahun. Paling menjadi perhatian ramai adalah wajah cantik mempelai perempuan yang seolah-olah jauh berbeza dengan usia sebenar. Tambahan pula dengan mengenakan busana berona putih, keayuan dan seri pengantin kian terserlah.

Saya nangis sebab dia lagi cantik daripada anak-anaknya

Bahkan gadis yang menghadiri majlis berkenaan mengakui kecantikan pengantin itu ibarat mengalahkan anak-anaknya. Tambah Nur Indah, ibunya memang sejenis wanita yang sangat menjaga perapian muka. Manakan tidak, si suami juga seakan tidak melepaskan pandangan melihat kecantikan isterinya itu.

Suami dalam hati cakap “jelitanya isteri aku”…Gila lawa, insecure kita…Macam umur 27 tahun je

Meraih ratusan ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik tak sampai 3 jam, netizen juga mengakui terpesona melihat penampilan wanita 50 tahun tersebut. Malahan mereka sempat berseloroh apakah tips ataupun petua sehingga wajahnya terus awet muda sebegitu rupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *