[VIDEO] Tergamaknya Wahai Anak, Ibu Tak Beri Wang, Bekas Banduan Sanggup Bakar Rumah, Berikut 6 Fakta Kejadian

SERINGKALI kita mendengar ungkapan, ‘ibu adalah ratu hatiku.’

Kita menyanjungi ibu kerana jasa dan budinya, tidak tergamak untuk menyakiti hati insan mulia ini.

Namun lain halnya yang berlaku di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang baru-baru ini. Akibat hilang pertimbangan, seorang lelaki dipercayai bekas banduan sanggup bertindak membakar rumah milik ibunya gara-gara tidak diberikan wang!

Tidak mampu difikirkan dengan akal, namun ia benar-benar berlaku. Video yang memaparkan kejadian turut tular di pelbagai platform laman sosial membuatkan sesiapa sahaja sayu dan pilu.

Bersama ini SinarPlus menghimpunkan enam fakta mengenai kejadian terbabit.

1. Lelaki berusia 30 tahun berkenaan dipercayai baharu seminggu dibebaskan dari penjara kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

2. Selepas mengugut ibunya untuk membakar rumah jika tidak beri wang, lelaki berkenaan beredar.

3. Polis menerima laporan kira-kira pukul 3.30 petang berhubung kebakaran rumah daripada seorang kerani wanita berusia 37 tahun yang merupakan anak saudara kepada suspek.

4. Semasa kejadian, rumah berkenaan tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.

5. Suspek meminta duit dari ibunya juga bertujuan untuk membeli dadah dan bertindak membakar rumah selepas kemahuannya tidak dituruti warga emas terbabit.

6. Pihak berkuasa berjaya menahan suspek kira-kira jam 6.00 petang semalam di sekitar lokasi kejadian dan ditahan reman selama selama empat hari.

Warganet menyatakan kekesalan terhadap pelaku dan bersimpati dengan keluarga berkenaan. Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat agar keluaga berkenaan tabah dan kuat menerima ujian berat itu.

– “Allahuakbar, moga tabah menghadapi ujian ini… Moga dipermudahkan segala urusan keluarga ini, aamiin.”
– “Takziah kepada mangsa. Semoga dipermudahkan urusan mendatang. Ada hikmah disebalik kejadian.”
– “Allahuakbar, semoga kakak dan keluarga tabah melalui ujian ini.”

Semoga kejadian seumpama ini menjadi iktibar buat kita semua agar menghampiri dadah. Jenayah akan dilakukan dengan lebih kejam dan ganas sekiranya pelaku menagih dadah atau mengambil alkohol.

Penagih dadah yang berada di bawah pengaruh dadah pula boleh menjadi agresif apabila mereka mempunyai delusion.

Penagih merasakan bahawa perkara tersebut seperti benar-benar terjadi lalu mereka akan bertindak agresif terlebih dahulu terhadap individu berkenaan.

Golongan ini juga selalunya berhalusinasi mendengar suara ghaib yang menyuruh mereka berkelakuan agresif seperti melakukan pembunuhan.

Sumber: FB Anak Jati Bukit KaparHospital Tapah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *