(Video) “Hey, Jangan Curi..Bagi Balik”, Laju Buat ‘Keje’, Oyen Tiba-tiba Datang & Larikan Barang Akak Ni

Siapa tidak kenal dengan gelaran ‘Oyen’ buat si comel yang satu ini. Pernah dahulu tular video kucing-kucing comel berwarna jingga maka dari situ lekatlah nama ‘Oyen’ pada mereka. Kucing ialah satu makhluk ciptaan Allah yang sangat comel jadinya tidak pelik kalau semua orang geram dengan tingkah comel dan nakal mereka.

Tambahan lagi, semua memang maklum dengan keakraban kucing dengan pemiliknya atau mereka yang hampir dengannya. Hal ini kerana, kucing merasakan satu bentuk ikatan emosional dengan pemiliknya yang memberikan mereka rasa nyaman, selamat, dan tenang. Jadi tidak hairanlah jika kucing jran pun boleh bermain dan sentiasa datang ke rumah kita.

Bercakap mengenai kenakalan dan kecomelan mereka ini, tular semalam melalui akaun TikTok tentang si ‘Oyen’ pencuri. Tidak asing lagi satu sikap ini dari mereka, bukan sahaja ikan diambilnya malah mainan jiran pun hendak di curi.

Menerusi akaun TikTok Atyka_, video tersebut menunjukkan bahawa si ‘Oyen’ iaitu kucing jiran beliau mengambil sesuatu dan berlari keluar rumah apabila dikejar. Si ‘Oyen’ yang seakan sedar melakukan kesalahan seperti teragak-agak mahu melarikan diri apabila namanya dipanggil disuruh memulangkan barang tersebut.

Namun, akhirnya kucing tersebut berlari keluar dari pagar rumah mereka. Apabila dipanggil lagi si kucing berhenti untuk menoleh dan sepertinya sedang berfikir sama ada mahu mengambil atau tingggalkan barang tersebut.

Namun, akhirnya dia berlari membawa mainan tersebut masuk ke rumahnya yang berhadapan dengan rumah Atyka.

video :

@ikasahidaOyen buat hal 🤣 Kucing jiran ni nakal betul la 🤣 nasib comel . and benda tu jiran pun dah pulangkan dah 🤣 hahahaha

♬ original sound – Atyka__

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan si ‘Oyen’ sangat comel dan tidak sanggup untuk dimarahi.

Tak kurang juga mereka yang bergurau mengatakan perlu melaporkan hal ini kepada polis.

Sumber: Atyka_ / siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *