KJ bagitahu akan susahkan hidup antivax. Sekali Dr Sheikh Muzaphar tampil bagi satu ayat padu buat ramai terfikir

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor kurang bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Menteri berkenaan dengan golongan enggan menerima vaksin.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sheikh Muszaphar berpendapat adalah lebih baik sekiranya golongan ini diberikan penerangan sebaiknya kerana mereka berkemungkinan kurang peka dengan hal-hal berkaitan vaksin.

“Saya kurang bersetuju dengan cara approach Menteri. Pertamanya mereka bukanlah anti-vaxxers. Cuma anti-Covid19 Vaccine.“Ada perbezaannya dan mereka juga kurang peka agaknya. Jumlah mereka begitu kecil hanya 5%. Ada sebab mengapa mereka bertindak demikian.

Sebagai orang berilmu, kita harus approach mereka dengan ilmu juga. Lebih banyak bukti berasaskan saintifik diperlukan. Lebih banyak perbincangan diperlukan. Berjumpa, sapa dan cuba mendekati mereka. Jelaskan kepada mereka dengan cara yang rendah hati. Setiap orang mempunyai hak untuk memilih apa yang harus dilakukan dengan kehidupan mereka seperti yang mereka rasa sesuai. Tidak perlu menggunakan anc4man… Kita hidup di dunia yang bertamadun dan kita harus berkelakuan seperti itu.

Sudah pastinya memerlukan pendekatan yang berbeza… Apa pendapat anda semua?“Saya telah menlengkapkan dua dos saya. Tetapi saya faham mengapa ada yang menolak untuk diberi vksin,” coretnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin. Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vksin.

Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vksin melainkan anda tidak boleh menerima vksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *