Video Prank Kena Tangkap Basah Ini Dikecam Netizen, Bahaya Untuk Budak Bawah Umur?

Seperti diketahui, konten budaya prank sememangnya sangat popular di Barat. Namun sejak kebelakangan ini diihat menjadi ikutan YouTuber di Malaysia.

Namun, konten yang dipertontonkan mengundang kemarahan netizen seperti minggu lalu tular mengenai YouTuber yang acah menampar wanita di sebuah pusat beli belah.

Terbaru, tular pula perkongsian sekumpulan YouTuber yang tampil dengan konten prank tangkap khalwat atau tangkap basah di YouTube yang kini menjadi bualan ramai netizen.

Menerusi video berkenaan, kumpulan berkenaan berpakat mengenakan dua orang ahli kumpulan mereka sendiri seorang lelaki dan wanita yang berada di rumah berdua-duaan.

Kemudian muncul tiga individu mendakwa mereka penguatkuasa agama mengetuk dan memasuki rumah berkenaan untuk memeriksa dan mendapati hanya mereka berdua sahaja di rumah berkenaan.

Lebih kecoh apabila ahli kumpulan yang lain tiba dirumah melihat kejadian berkenaan dan penguatkuasa meminta kedua mereka untuk berkahwin.

Mangsa mengetahui ianya prank apabila pihak penguatkuasa berkenaan mengatakan semuanya hanyalah prank semata-mata yang telah dirancang.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat konten tersebut tidak sesuai dan bahaya terutama untuk remaja dan budak bawah umur.

Bimbang ianya akan menjadi ikutan budak bawah umur apatah lagi YouTube mudah diakses oleh anak-anak tanpa kawalan ibu bapa.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan prank sedemikian tidak manis dan tidak semua perkara boleh dijadikan hiburan.

Setakat ini, video tersebut trending nombor 2 dan mendapat tontonan lebih 1 juta selepas dimuat naik di YouTube semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *