“Siap Kejut Customer” – Tawarkan Servis Terbaik, Rider Sanggup Masuk Rumah Hantar Makanan

Memesan makanan melalui aplikasi dalam talian sememangnya sangat memudahkan

Iyalah, anda tidak perlu keluar untuk membeli makanan. Lagi best, anda juga tidak perlu beratur jika kedai itu memang popular dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.

Jimat masa anda bukan dengan hanya menunggu di rumah? Oleh sebab itu, perkhidmatan penghantaran makanan sangat diperlukan semenjak ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang rider menghantar makanan ke dalam bilik pelanggan siap kejutkan telah menarik perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@maryamlegacy#foodpandamalaysia♬ Laughing Hard – Tik Tok

Siap masuk bilik untuk kejut pelanggan kemudian berikan makanan yang dipesan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider foodpanda sedang menghantar makanan ke rumah pelanggan.

Rider tersebut dilihat menuju ke sebuah bilik pelanggan selepas disuruh oleh tuan rumah. Dia siap mengejutkan adik yang memesan makanan itu yang kelihatan sedang tidur nyenyak.

Tidak lama kemudian, adik itu bangun daripada tidur setelah dikejutkan lalu menghulurkan duit makanannya kepada rider itu. Seluruh keluarga dilihat ketawa mengekek sambil menyakatnya.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@maryamlegacyReply to @memei656

♬ original sound – Maryam Legacy

“Nasib tak masuk sekali dengan motor-motor. Kalau tak, memang the real cod” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 330K views, 34K likes dan 600 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat rider foodpanda itu yang siap masuk bilik pelanggan untuk menghantar makanan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

sumber : SAYS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *