Wajah Dan Suara Wanita Ini Berubah Ketika Hamil Sampai Ada Yang Tuduh Dia Bukan Bukan

LAIN kehamilan lain ragamnya! Ada bakal ibu yang berdepan masalah kesihatan juga fizikal seperti kenaikan berat badan dan ada juga yang berdepan perubahan emosi menakutkan ketika hamil.

Namun berbeza dengan wanita berusia 25 tahun ni yang mengalami perubahan teruk pada wajah, warna kulit dan juga suara sewaktu kehamilan pertamanya kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Nurul Asma Abdul Malik, perubahan tersebut turut kembali menghantui dirinya saat hamil anak kedua pada tahun lalu.

“Bila pregnant anak kedua muka berubah jadi bentuk yang sama macam pregnant anak sulung dulu. Hidung kembang dan kulit muka jadi gelap cuma perubahan tu lambat sikit… berlaku minggu ke-38 kehamilan.

“Tapi paling teruk masa kehamilan pertama. Bukan saja kulit jadi gelap, berminyak… banyak naik jerawat. Malah masa minggu ke-37 tiba-tiba naik kayap di muka, dahi dan tengkuk.

“Lebih mengejutkan suara saya turut bertukar garau. Sampai sekarang tak berubah habis lagi. Famili, suami semua tegur suara saya macam lelaki. Bukan setakat muka sekali suara berubah terus,” katanya kepada mStar.

Mesra disapa Amma, dia berkata ada ahli keluarga dan rakan yang tidak mengenali dirinya disebabkan perubahan wajah.

“Macam mak saudara atau tok saudara yang lama tak jumpa tiba-tiba jumpa mereka macam… siapa ha? Ni anak yang mana? Mereka tanya mak… terus tak kenal sebab berubah muka.

“Ada kawan saya yang doktor di hospital tempat saya bersalin pun tak cam saya. Dia pusing-pusing satu wad. Saya panggil nama dia. Hah biar betul Amma. Dia terkejut tengok perubahan muka saya sebab saya tak post di media sosial,” katanya.

Bagaimanapun usahawan pakaian muslimah dan hijab itu berkata keadaan wajahnya itu beransur pulih selepas bersalin.

“Alhamdulillah lepas bersalin memang hilang cuma ambil masa sikit-sikit untuk kembali ke wajah asal. Berat badan pun sekarang dah turun kepada 49 kilogram (kg) dari 65kg.

“Saya ingatkan setiap kehamilan alahan berbeza-beza tapi tetap sama. Mungkin sebab dua-dua baby girl kot,” katanya.

Terdahulu Amma berkongsi posting mengenai perubahan wajahnya itu di Facebook sehingga menjadi tular.

Namun rata-rata neriten beranggapan Amma melakukan suntingan pada wajahnya itu.

“Ramai tanya betul ke alahan pregnant sampai boleh berubah teruk macam tu? Hidung dari elok jadi kembang. Kulit jadi gelap. Mereka tak percaya.

“Mereka ingat saya guna aplikasi untuk edit muka. Ada pula yang cakap muka sebelum pregnant pun saya edit juga. Ada juga ingat saya pakai silikon, jadi bila pregnant kembali ke wajah asal,” katanya.

Malah Amma berkata dia turut menerima pelbagai kecaman berkaitan wajahnya itu.

“Macam-macam kecaman saya baca. Ada orang panggil saya Ebby Yus. Dia kata daripada muka Wawa Zainal jadi Ebby Yus.

Amma lega apabila keadaan wajahnya itu beransur pulih selepas bersalin.

“Tapi saya sedikit pun tak ambil pusing komen negatif itu. Siapa yang kenal saya mereka akan backup saya. Saya tak ambil hati pun tapi terhibur baca komen netizen,” katanya.

Mengenai posting tersebut, Amma berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman sewaktu kehamilannya.

“Sebenarnya saya hanya mahu kongsi pengalaman dengan followers saya sebab ada yang tak percaya. Dari situ saya tunjuk berlakunya perubahan muka saya dari awal hinggalah selepas bersalin.

“Kebetulan masa tu saya pakai tudung, waktu saya keluar labour room lahir anak pertama tapi tak sangka boleh viral. Rupa-rupanya ramai jadi macam saya cuma mereka tak berani nak update sebab malu,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *