“Saya belum lagi bersedia,” – Miera Liyana akui masih selesa r4hsiakan identiti anak sulung

Pelakon Miera Liyana, 28, mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa buat diri sendiri sejak bergelar ibu pada 16 Mei lalu.

Miera berkata, keutamaan lebih diberikan kepada cahaya mata sulungnya yang kini berusia tujuh bulan.

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap begini, sejak bergelar ibu tumpuan saya diberikan kepada anak. Hendak ambil masa untuk diri sendiri pun, saya rasa bers4lah kerana masa itu seharusnya buat bayi.

“Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu.

“Buat masa ini, saya belum lagi bersedia untuk mended4hkan wajah dan j4ntina anak sulung kerana keputusan ini adalah permintaan daripada suami,” katanya kepada Harian Metro.

Miera atau nama sebenarnya, Miera Liyana Kasmi berkata, dia juga berehat daripada media sosial buat seketika bagi memberi tumpuan kepada bayinya itu.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rosland Othman, 47, selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 16 Mei lalu.

Berceritakan mengenai penjagaan anak, Miera berkata, dia bersyukur dikurniakan suami yang rajin membantu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu seperti tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia baharu balik dari kerja. Malah, dia tetap jaga anak serta mel4yan ker3nah saya.

“Selain suami, mak saya juga  banyak membantu dengan tanggungjawab saya sebagai ibu,” katanya.

Biodata Miera Liyana

Miera Leyana binti Dato’ Seri Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Luna drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau dalam kerjaya lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat

Miera Leyana berkahwin dengan usahawan, Rosland Othman, pada 25 Julai 2020.[4] Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Miera Leydia.

Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.

Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Pada tahun yang sama, beliau terlibat dengan pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012. Beliau menggantikan Lisa Surihani yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda. Bagi pementasan semula itu, Miera hanya melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya digalas oleh Lisa.[2]

Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.

Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula dityangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas Apokalips X

Sumber: hmetro/wiki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *