Suami Tak Mahu Maafkan Isteri Jika Bersalin Secara ‘Water Birth’, Nak Isteri Rasa Sakit Bersalin Normal

Tak dinafikan proses melahirkan cahaya mata merupakan saat yang paling dinantikan. Dalam masa yang sama amat digeruni oleh para wanita yang bergelar ibu. Sesiapa yang pernah mengalami situasi berkenaan sahaja yang tahu betapa sukarnya melahirkan anak.

Namun begitu lain pula situasi yang dialami oleh seorang isteri apabila si suami tidak akan memaafkannya jika dia bersalin melalui kaedah air atau lebih dikenali sebab water birth.

Suami nak isteri bersalin secara normal

Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Soshnomore di Mumsnet, meskipun dia tidak hamil sekarang ini namun mereka masih berusaha dan berharap dapat hamil dalam beberapa bulan akan datang.

Si isteri memberitahu suaminya bahawa dia tertarik dengan kaedah water birth jika dia bersalin nanti namun ia mendapat tentangan dari suaminya sendiri. Ujar lelaki berkenaan, bersalin secara normal telah dilakukan sejak beribu tahun yang lalu serta mempersoalkan isterinya kenapa ingin menggunakan kaedah yang berbeza.

Malam tadi saya membincangkannya semula selepas membaca kajian yang menunjukkan kelahiran melalui kaedah air dapat mengurangkan koyakan dan meningkatkan kesejateraan ibu semasa bersalin.

Lebih mengejutkan lagi apabila suaminya mempercayai bahawa kesakitan bersalin secara normal itu sebenarnya dapat menguatkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Lelaki berkenaan turut memetik laporan statistik mengatakan bahawa si ibu yang melahirkan anak secara czer mempunyai kemungkinan untuk mendapat jangkitan PTSD atau PND.

Rasa macam berdebat dengan kanak-kanak

Wanita berkenaan mengakui bahawa dia seperti berdebat dengan kanak-kanak kerana suaminya enggan mendengar pandangan atau memahami perasaannya jika dia berada di dalam situasi berkenaan.

Dalam pada itu, si suami turut mengatakan dia lebih rela untuk mencari wanita lain yang sanggup mengandungkan zuriatnya dan melahirkan anaknya secara normal daripada membenarkan si isteri bersalin melalui kaedah water birth.

Dia boleh cakap kalau saya bersalin dalam air, dia tidak akan memaafkan saya.

Walau bagaimanapun, si isteri telah berjumpa dengan doktor atau bidan untuk mendapatkan nasihat mereka tetapi suaminya tetap ‘keras kepala’ dan masih berpegang teguh dengan pendiriannya.

Sumber : Mumsnet

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *