Roslan Shah pulangkan semula duit disedekahkan Iqbal

PETALING JAYA – Kesal dengan tindakan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli memijak puluhan wang kertas bernilai RM50 baru-baru ini, penyanyi dan juga pengacara Roslan Shah bertindak memulangkan semula wang yang pernah disumbangkan jejaka itu kepadanya suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, selebriti asal Singapura itu meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap Iqbal apabila dengan bersahaja memijak duit-duit kertas yang bertaburan di atas lantas itu.

Harap maaf Iqbal Zulkefli, cik Lan (panggilan Roslan) nak beri balik duit tempoh hari Iqbal transfer (masukkan dalam akaun).

“Lagi pun saya tak gunakan lagi. Saya rasa terkilan cara Iqbal pijak duit dan hilang hormat terhadap Iqbal,” tulis Roslan.

Dalam hantaran sama, selebriti berusia 51 tahun itu turut berkongsi tangkap layar butiran pembayaran duit sedekah sebanyak RM1,000 yang diberikan kepadanya pada 22 September lalu.

Ujar Roslan, hanya orang yang berfikiran waras sahaja yang boleh menilai bahawa duit tidak boleh dipijak kerana seseorang itu patut bersyukur  mempunyai duit sebagai sumber rezeki.

“Manusia ada fikiran dan dididik oleh ahli keluarga. Tapi akhir zaman sekarang, duit pun sanggup untuk dipijak-pijak. Apabila saya ternampak di TikTok, terus saya rasa terkilan. Rasa marah pun ada.

“Memang itu hak dia (Iqbal). Tetapi perbuatan itu bukan untuk dicontohi oleh orang awak kerana ramai budak kecil sehingga ke orang tua ada TikTok,” katanya.

Roslan berkata, disebabkan perbuatan usahawan berusia 27 tahun kelahiran Kelantan itu, dia terus hilang rasa hormat kepadanya kerana tidak mahu budak-budak mengikut cara seperti yang dia lakukan (memijak duit).

“Iqbal kena jaga adab, Insha-Allah orang akan senang dan hormati cara kita. Boleh saja cari perhatian untuk popularkan diri, cuma bab pijak duit saya sangat tidak berkenan dan salah dalam agama.

“Duit adalah sumber rezeki untuk disyukuri dan bukan untuk dipijak. Kekayaan hanya di dunia sahaja dan kekayaan di akhirat hanya amalam kita nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Roslan juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Iqbal atas kejayaan single sulungnya berjudul Hujan.

Terdahulu, Iqbal sekali lagi menuai perhatian ramai apabila dilihat memijak puluhan wang kertas bernilai RM50 baru-baru ini.

Perkara tersebut tercetus selepas penyanyi, Ariff Bahran berkongsi sebuah video TikTok memaparkan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu berada di sebuah lokasi yang memperlihatkan taburan wang kertas RM50 di atas lantai. – K! ONLINE

Dianggap Biad4p Kerana Pij4k Wang, Iqbal Zulkefli Tampil Ceritakan Hal Sebenar

Belum pun reda mengenai kontroversi perselisihan faham antara dirinya dan bekas majikan, Dato Seri Vida (DSV) serta isu single pertama nya, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Tindakan Iqbal Disalah Erti 

Ia berikutan tularnya sebuah klip video menunjukkan Iqbal ditegur oleh seorang penyanyi berikutan puluhan keping wang kertas bersepah di atas lantai sebuah studio.

Dalam pada itu, kelihatan Iqbal menguis wang kertas tersebut dengan kakinya sebelum memijak dan membiarkannya.

Lantaran tersebut, rata-rata netizen berasa marah dan kecewa dengan tindakannya itu yang disifatkan seperti biadap kerana seolah-olah tidak mensyukuri rezeki yang ada.

Waima ia duit palsu, mereka turut mendakwa perbuatan itu mampu mendatangkan fitnah kepada orang ramai.

Iqbal Jelas Perkara Sebenar 

Tampil memberi penjelasan, sebentar tadi Iqbal memuatnaik sebuah video menceritakan perihal sebenar. Menurut Iqbal, wang tersebut adalah wang palsu dan ia milik selebriti lain yang baru selesai membuat kandungan mereka.  Jelasnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat  untuk berkelakuan sedemikian namun redha apabila dikecam oleh orang ramai.

Assalamualaikum semua, disini saya nak menjawab satu video yang telah viral berkenaan ada saya sepak duit. Telah berlaku banyak salah faham diluar kuasa saya untuk mengawalnya.

“Jadi situasinya begini, ketika itu di Rusa Music production dalam studio saya bersama dengan 5-6 orang artis lain datang ke studio untuk buat content dan ketika video itu dirakam duit itu memang dah berterabur memang digunakan oleh artis-artis yang lain. Jadi bukan saya yang taburkan duit dan itu pun bukan duit saya malah duit itu sebenarnya bukan duit yang betul.

“Duit palsu sebagai prop mereka untuk buat content. Saya hanya bercakap bersama kawan-kawan artis disana bersembang macam biasa santai dan tidak sangka yang video itu dirakam dan di post. Tapi saya tak salahkan video itu di post cuma kelakuan saya itu menampakkan seolah saya ini tidak bersyukur dan terlalu tidak baik. Saya tak tahu nak buat macam mana sebab video itu dah tersebar sedangkan saya kalau nampak duit 10 sen depan mata pun saya takkan langkah duit itu saya takkan pijak.

“Malah, kalau saya jumpa duit bawah katil saya akan letak di atas. Orang pun kata walaupun itu duit palsu tak elok buat macam itu sebab ada nama, tulisan jawi, ada gambar semua. Duit itu sebenarnya dah dibuang tulisan dan gambar yang sensitif telah di blur kan dan diubah gambar pun sebenarnya.

“Saya tak marah apabila orang mengeluarkan kenyataan, text saya berkata macam-macam sebab apa yang netizen terima itu begitu dan memang layak dikecam. Begitu lah cerita nya” jelas Iqbal

Mohon Maaf

Meskipun begitu, Iqbal tetap memohon maaf atas perbuatan tersebut sehingga menyingung perasaan orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen telah diberikan oleh netizen.

Ada yang masih mengecam dan tidak kurang juga mengharapkan Iqbal agar terus kuat menghadapi pelbagai dugaan.

“Semuanya tember4ng, plot twist kalah cerita T4mil” Vida naik angin lepas tonton MV lagu Iqbal

MEMUALKAN! Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik (MV) single pertama berjudul Hujan nyanyian bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.

“Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami… try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.

“Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis… dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh tember4ng dan pemb0hongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.

Babak tak jadi kahwin dalam MV lagu Hujan.

“Walaupun MV tu dah diubah menggambarkan saya yang tak bertudung, tak pakai bling-bling dan guna pelakon muda, tapi netizen masih dapat rasa persamaan cerita kami,” katanya kepada mStar.

Lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi, Eric Fuzi yang dimuat naik di akaun YouTube Rusa Music itu menjadi trending nombor satu di laman berkenaan.

Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pemboh0ngan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist!

Mengulas mengenai kemampuan vokal Iqbal, Vida berkata lagu tersebut menerima sambutan hebat pendengar kerana kekuatan MV berkenaan.

Dia turut mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana akhirnya impian untuk meraih populariti dalam masa singkat tercapai hasil menjaja kisah cinta mereka.

“Sebenarnya kekuatan pada lagu ni adalah MV yang sangat kreatif… itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam p0ndan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.

“Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pemboh0ngan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist… kalah cerita Tamil.

“Biarlah asalkan dia boleh raih populariti dia sanggup buat apa sahaja dan sekarang dia dah jumpa apa dia cari,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *