‘TikTok Tempat Menari’ – Ain Edruce Jawab Isu Terkinja-Kinja

Video pelakon dan pengacara versatil, Ain Edruce menari di TikTok telah mengundang kecaman daripada netizen. Selain kelincahan Ain menari, reaksi suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa menggelengkan kepala juga menjadi fokus utama.

TikTok tempat menari

Ketika dihubungi OhBulan!, Ain, 30, tidak melatah dengan komen-komen ‘pedas’ dari wargamaya.

Saya tak tahu nak komen apa sebab biasalah netizen ada saja benda nak complain. Saya tak boleh nak cakap apa. Yang pasal terkinja-kinja tu, nama pun TikTok. TikTok kan tempat kita untuk menari-nari.

Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya terkinja-kinja. Kalau tak nak terkinja-kinja, pergi tempat lain.

Suami tak halang

Ditanya kenapa Amirul menggelengkan kepala, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan itu adalah respon suaminya apabila diajak untuk sama-sama membuat content.

Katanya lagi, Amirul tidak pernah menyemak atau menghalang kerana setakat ini semua hantaran yang dikongsikannya tidak keterlaluan.

Sebenarnya Amirul geleng kepala sebab saya ajak dia menari sekali.  Amirul tak check pun kalau saya nak kongsi sesuatu di media sosial. Kadang-kadang saya yang tanya dia okey ke tak.

Setakat ini, Amirul tak pernah halang saya sebab apa yang saya post tak menaikkan darah dia atau buat dia tak bersetuju. Saya selalu kongsi hantaran yang okey saja, jadi Amirul tak kisah.

Sebelum ini, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak senang melihat kelakuan Ain yang didakwa tidak menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.

Sekadar info, Ain dan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa berkahwin pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

Sumber: Instagram @ainedruce

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *