(Video) Teruja Nak Main Gelongsor Air, Gelagat Gadis Ini Tersekat Kat Tengah-Tengah Buat Kawan Terbahak

Kalau sebut taman tema air mesti ramai yang tahu kan? Mana taknya taman tema air ini selalunya dikunjungi oleh orang ramai berikutan keseronokan permainan gelongsor yang terdapat di sini seperti gelongsor air panjang, gelongsor lingkar, gelongsor Body Slide, Boomeriang, Green Pearl, Insane Racer, Kids Adventure, dan Magic Funnel.

Disebabkan itu, sudah tentu pelbagai gelagat lucu yang tidak dapat kita jangkakan semasa keberadaan kita di taman tema air. Begitulah yang ingin dikongsikan oleh akaun TikTok milik Mira Hafizah ini.

Melalui perkongsian video yang telah dirakam, dapat dilihat seorang wanita cuba untuk bermain di salah sebuah gelongsor gergasi yang terdapat di taman tema air itu.  Pada pertengahan video itu, menunjukkan wanita itu tersekat di awal laluan gelongsor itu.

Kemudiannya, bagi meneruskan permainan gelongsor itu, wanita tersebut telah menggunakan badannya untuk menolak dirinya supaya tergelongsor ke bawah.

@miratauhidGhisauuu kekadang🤣 ##bangiwonderland

♬ Oh No – Kreepa

Video yang meraih jumlah tontonan lebih 110 ribu itu telah mendapat jumlah komen yang begitu memberangsangkan daripada warganet.

Ada juga yang turut berkongsikan cadangan kepada wanita tersebut untuk memakai pakaian renang supaya mudah untuk dia menggunakan gelongsor air tersebut.

Gambar: TikTok Mira Hafizah
Gambar: TikTok Mira Hafizah
Gambar: TikTok Mira Hafizah

Sumber: TikTok Mira Hafizah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *