(Video) Tikus ‘Flying Kick’ Kepala Ular Yang Cuba Bahamnya, Bagaikan ‘Master Shifu’ Kung Fu Panda

Dalam eksosistem haiwan di dunia ini, umumnya hubungan tikus dan ular adalah mangsa dan pemangsa. Kedua-dua haiwan ini ibarat ‘buku bertemu ruas’, asal berjumpa pasti masing-masing akan ‘beraksi’.

Sementara itu, rasanya ramai yang dah tonton filem Kung Fu Panda kan? Seekor tikus kecil bernama Master Shifu yang kita kenal merupakan watak penting bagi perjalanan kung fu lima pahlawan The Furious Five.

Master Shifu merupakan ‘tuan guru’ kepada mereka berlima termasuklah si panda gemuk, Po yang bergelar The Dragon Warrior. Lihat saja macam mana Master Shifu mengajar pelbagai teknik serangan ganas, pertahanan dan sebagainya.

Bercakap tentang tikus, baru-baru ini viral di media sosial satu rakaman memaparkan detik cemas seekor tikus yang diserang hendap oleh pemangsa tradisinya iaitu ular.

Menariknya, tikus ini berjaya menghidu serangan ular tersebut, malah sempat mengelak dan mampu mematahkan patukan sulung musuhnya itu yang pasti berbisa dan mampu membunuh.

Aksi lincah tikus bertuah ini mengingatkan kita kembali dengan watak Master Shifu dalam Kung Fu Panda atau Master Splinter Ninja Turtle. Adakah ciri-ciri pertahanan diri yang ada pada tikus macam yang diceritakan melalui watak Master Shifu benar-benar wujud?

Jom ikuti video yang dikongsikan di TikTok Gai Xinh di bawah ini. Semoga terhibur menonton detik mendebarkan ni!

@gaixinh81663932Vịnh Xuân chuột 😂😂 ##TikTokFashUP ##Halloween2021 ##ChiLaBanThan

♬ nhạc nền – Gái Xinh

video

Sumber: TikTok Gai Xinh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *