Kucing Kantoi Mengintai Perempuan Dalam Tandas, “Dia Tenung Tajam…”

Bukan sahaja kantoi sedang mengintai malah reaksinya yang kekal merenung gadis itu selepas kantoi turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

@z.wertytakutnjayy kena skodeng

♬ original sound – mertsanimes

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan kejadian lucu yang berlaku padanya baru-baru ini sekaligus meraih perhatian ramai. Semasa dia berada di dalam tandas awam itu, kelihatan seekor kucing yang sedang duduk mengintai dari atas.

Turut dapat dilihat, seekor kucing yang duduk bersantai di bahagian atas tandas itu sambil memandang gadis tersebut. Gadis itu turut sama menahan ketawanya sebaik sahaja sedar gelagat selamba kucing itu yang masih berada di situ.

kucing mengintai

Lebih melucukan, kucing itu dilihat siap merenung tajam pada gadis itu walaupun sedar kemunculannya di situ telah diketahui oleh mereka. Melihatkan gelagat selamba kucing itu, netizen juga turut tidak dapat menahan ketawa melihat perangainya ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu terpengaruh dengan si oyen yang selalu melakukan perkara di luar jangkaan.

“Tetap fokus walaupun dah kantoi.”

mengintai

“Dia tenung tajam pulak tu.”

kucing

“Mesti diajar oleh oyen ni, mana oyen ni murid kau ajar bukan-bukan lah.”

komen

“Kalau kucing yang skodeng dimaafkan. Sebab dia makhluk yang paling comel dan harus dilindungi.”

tik tok

sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *