“Sedih Tapi Saya Tergelak,” Isteri Nak Kemas Almari Tapi Terjumpa Gambar Suami Bersama ‘Ex’ Tersimpan Rapi

Pasti ramai diantara kita yang pernah bercinta sebelum kita bertemu dengan cinta sejati.

Bagi kebanyakan orang bekas kekasih adalah suatu kisah lampau yang tidak mahu diingat kembali. Lebih-lebih lagi sekiranya masing-masing telah pun memiliki kehidupan bahagia bersama dengan insan yang disayangi kini.

Namun begitu, apakah yang akan dilakukan sekiranya anda menemui foto pasangan anda bersama dengan bekas kekasihnya masih tersimpan di dalam almari?

Perkara tersebut terjadi kepada seorang wanita yang memuat naik kisah itu di akaun TikTok miliknya.

Dalam video yang dimuat naik wanita tersebut, pada awalnya dia menulis bahawa niatnya hanya ingin mengemas almari yang terdapat di bilik tidur kepunyaan suaminya itu sahaja.

“Saya tengah kemas baju kat rumah dia. Tak sengaja ternampak bawah surat khabar, niat nak bersihkan kotoran (habuk) bawah surat khabar. Eh, terjumpa,” tulisnya.

Menurut portal Suara.com, wanita itu turut menunjukkan gambar suaminya yang dipercayai bersama dengan bekas kekasih yang ditemuinya di bawah almari. Gambar-gambar yang berupa foto box itu terdiri daripada beberapa pose.

“Sedih tapi saya tergelak. Saya harap dia tidak melihatnya,” tulisnya pada kapsyen video itu.

Video tersebut lantas menarik perhatian warganet dan berjaya meraih tontonan sebanyak lebih 1 juta kali sambil dihujani dengan pelbagai komen.

Rata-rata kaum wanita berkongsikan mengenai apakah perkara yang mereka akan lakukan sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka.

“Kalau saya, saya perli-perli dia, tapi akhirnya saya mesti akan merajuk,” ujar warganet.

“Senang, ada alasan nak bergaduh,” kata seorang warganet.

“Jangan tengok gambar, dengar nama je terus nak ajak perang dunia,” tulis seorang lagi.

Sumber: suara.com

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *