RAMAI YANG BIDAS INDIVIDU INI YANG CAKAP KEMENANGAN ASIF ROSAKKAN INDUSTRI FILEM TANAH AIR

Bagi anda penggemar laman Y0utube, nama Asif pastinya tidak asing lagi dan kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja vdeo yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.Disebabkan lawak spontan beliau itu juga membolehkan beliau tercalon kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Kemuncaknya Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang Artis Komedi Popular ABPBH tahun 2021.Namanya mula ‘trending’ melalui filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pndemik COVlD-I9, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.

Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

“Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara… Semualah. Kalian terbaik!.Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.

Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu.

“Sama sahaja… Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi.

Ketika tampil mengambil trofi secara langsung, Syahmi di lihat mengiringi Asif dan mengigatkan Asif untuk memberi ucapan kerana masa yang di berikan hanya 5 saat sahaja.

“Selamat pete, selamat male”

Tampak gugup, Asif terus spontan memberi ucapan berikut kepada peminat beliau.

Kemenangan yang penuh kejutan itu menyaksikan Asif mengalahkan empat calon lain iaitu Ain Edruce, Atu Zero, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.Selain kemenangannya, ucapan lima saat yang disampaikan pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi, 19, itu turut mencuri perhatian netizen.

“Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam terima kasih banyak-banyak, mari sini, atas pentas” katanya yang turut ditemani aktor Syahmi Sazli malam ini.

Paling mencuri tumpuan apabila Asif dilihat berjalan agak laju di atas pentas dan terus menuju ke arah tempat mikrofon tanpa mengambil trofi terlebih dahulu.Keadaan menjadi agak kelakar ketika itu sehingga memaksa Syahmi Sazli menarik tangan Asif. (lihat vdeo di bawah).

Komen Biad4p Lelaki Ini Buat Netizan Naik Angin

Namun begitu, terdapat satu komen dari netizan yang meninggalkan komen lebih bersifat menghin4 terhadap Anak Istimewa tersebut sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati dari orang ramai.

‘Asif, anak istimewa layak menang,Tahniah Asif Suhaimi. Terima kasih banggakan rakyat negeri Kelantan.”

Itu antara ucapan netizen yang paling banyak membanjiri media sosial malam ini selepas Asif Suhaimi memenangi kategori Pelakon Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular ABP ke-34 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Rata-rata netizen terutama peminat pelakon filem Mael Totey menyifatkan Asif layak memenangi anugerah tersebut.

Bahkan ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Syahmi kerana menjadi individu penting membawa Asif ke layar perak.

“Rezeki anak istimewa, terima kasih Syahmi kerana mencungkil bakat Asif,” ucap seorang pengguna Facebook.

“Tahniah buat Asif, anda wakil kepada semua anak istimewa,” kata seorang lagi netizen.

Sebagai info, Asif merupakan seorang penghidap austime dan bakatnya mula dicungkil sebagai pelakon dalam video pendek, Drama Spontan juga arahan Syahmi sehingga tular.

sumber : TrendingSangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *