“Dia letak car seat anak kat depan..” Bekas suami ajak keluar makan , Bila diTanya Masih sayang lagi ke..

Selepas bercerai, setiap hubungan tidak semestinya berubah menjadi keruh sebaliknya perlu berdamai dan saling memahami situasi terutama bagi pasangan yang memiliki cahaya mata.

Begitu juga berlaku kepada seorang wanita ini yang terharu apabila bekas suami masih menghubungi dan mengajaknya untuk keluar makan walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, @amira.assaid memuat naik satu video memaparkan momen bahagia sepanjang ‘dating’ berdua dengan bekas suami termasuk menikmati makanan di sebuah restoran.

“Bahagia itu mahal”

Video Player

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Amira turut merakam tindakan bekas suaminya yang meletakkan ‘car seat’ milik anak sulung mereka di bahagian penumpang hadapan selain bertanya sama ada lelaki tersebut masih menyayangi dirinya.

“Bekas suami ajak keluar makan tapi kan, dia letak car seat anak kami kat depan. Pastu i tanya, you sayang i lagi tak? ‘Mestilah sayang’.

“Time ni i dah sebak sebab mula teringat kenangan lama kami. Terima kasih bahagiakan i, i doakan you bahagia selalu. Jaga anak kita baik-baik,” luah wanita berusia 23 tahun itu.

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, jika dilihat ternyata mereka masih mempunyai perasaan sayang namun harus percaya dengan takdir ditetapkan Allah SWT.

Video Player

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan baik pasangan itu dan mendoakan Amira serta bekas suaminya dapat kembali bersatu demi cahaya mata.

‘Car seat’ kat depan, mesti tk keluar dengan orang lain

Ada peluang lagi untuk bersatu…

Nampak dia lelaki setia

Tak semua boleh buat macam ni

Sedihnya.. moga kembali bersama

Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca atau tarikh mereka berpisah. Moga kedua-duanya menjalani kehidupan masing-masing dengan bahagia di samping zuriat tercinta.

Sumber : ohmymedia

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *