Gadis Menyanyi Buka Tingkap, Ending Video Pula Bikin Terhibur

Setiap kali keluar bersama kawan-kawan, pasti akan ada sahaja perangai masuk air yang keluar terutamanya jika sudah lama tidak berjumpa. Macam itulah situasi yang dikongsikan ini apabila seorang gadis dilihat sempat menyanyi di dalam kereta seperti yang dirakamkan rakannya ini.

Apa yang menariknya, gadis itu begitu bersemangat menyanyi dengan tingkap kereta yang dibuka luas ketika rakannya memandu. Namun berlaku pula satu kejadian melucukan pada penghujung video sekaligus membuatkan netizen terhibur melihatnya.

@mrshaisha Member baru nak feeling eh sekaliiiiii 🤣 @lyanaradzi @fatinaryfa @farahafrina04 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg ♬ original sound – Fani Rahmansyah

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat berada di tempat duduk belakang sambil memegang mikrofon untuk karaoke. Dia kemudiannya menyanyi sekuat hati seolah-olah seperti berada di konsert dengan tingkap yang dibuka luas.

Bukan sahaja begitu bersemangat malah dia juga turut menyanyi dengan sekuat hati memandangkan tidak ada yang mendengar suaranya di situ. Namun tiba-tiba, kedengaran bunyi hon kereta dari pemandu lain seakan-akan memintanya untuk berhenti menyanyi.

kereta

Sebaik sahaja mendengar bunyi hon itu, gadis itu turut kelihatan terkedu dan berhenti menyanyi serta merta. Namun menurut pemilik video, bunyi hon kereta itu hanyalah secara kebetulan sahaja dan bukannya kerana nyanyian rakannya itu.

Di ruangan komen, gelagat selamba gadis itu turut mencuit hati netizen yang menonton. Malah ada yang turut berseloroh mungkin juga nyanyian gadis itu dapat didengari oleh pemandu lain yang memintanya untuk berhenti menyanyi.

“Ni concert drive thru ke?”

menyanyi

“Siannya dia kena hon.”

gadis

“Kesian member tengah feeling.”

komen

“Takleh bayang kalau terpecik air lecak hehehe.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *