“Penantian satu penyiks4an” isteri nangls dipelukan suami bila belum mampu beri zuriat

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya ingin memiliki anak-anak sebagai penyeri rumah tangga mereka. Namun, rezeki setiap insan ini tidak sama. Ada yang diberikan rezeki awal manakala ada pula yang sebaliknya.

Hal yang sama dilalui wanita ini apabila masih ternanti-nanti akan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka.

“Penantian satu penyiks4an.”

Video Player

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @sistorr ini memaparkan pasangan suami isteri yang dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat bersama.

Difahamkan, dalam keadaan tersebut si isteri meminta suaminya agar membaca keputusan UPT yang telah dia lakukan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebak apabila keputusan yang diharapkan itu pula sebaliknya dan membuatkan wanita berkenaan menangls sambil ditenangkan oleh suaminya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata turut sebak melihat wanita berkenaan selain mendoakan agar pasangan itu segara dikurniakan zuriat yang soleh.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama dengan wanita tersebut.

Doa dari ibu hamil

Sama, masih menunggu

Sumber : Redaksi

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *