SEBULAN GURU INI TAK BALIK KE RUMAH, DIA TERGERAK HATI NAK LIHAT CCTV DAN ENTITI INI YANG DIRAKAM (VIDEO)

PAPARAN video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediaman seorang guru menyebabkan ramai meremang.

Video berkenaan malah tular di laman sosial TikTok hingga meraih puluhan ribu tontonan.

Menerusi paparan video selama 53 saat itu, kelibat entiti berwarna putih dikesan melayang dan berlegar sekitar ruang tamu.

Pemilik kediaman, Azhieeda Ahmad, 35, berkata dia ketika itu pulang ke rumah ibu bapanya di Marang, Terengganu.

Kediamannya yang terletak di Kemaman itu dikatakan kosong selama hampir sebulan sebelum entiti berkenaan muncul.

“Saya tinggalkan kediaman pada awal bulan September hingga awal November untuk berpantang di kediaman ibu bapa.

“Kejadian berlaku pada 28 September,” kata Azhieeda ketika dihubungi SinarPlus.

Perkara tersebut hanya disedari Azhieeda apabila dia tergerak hati untuk menonton rakaman CCTV kediamannya pada akhir September lalu.

“Ketika itu suami dan anak-anak turut pulang ke kampung dan rumah kami kosong tidak berpenghuni.

“Kebetulan sudah ada CCTV, saya tergerak hati untuk melihat keadaan rumah dan tidak sangka ternampak benda pelik dalam rakaman di ruang tamu,”ujarnya.

Pergerakan itu dipercayai berlaku pada pukul 5.00 pagi dan sekitar 8.00 pagi.

Ujar Azhieeda, pada awalnya dia menganggap ia adalah kapas atau habuk. Namun apabila diamati dengan teliti ternyata ia bukan objek berkenaan.

“Meremang juga bulu roma apabila mengenangkan ada sesuatu tidak kena dengan rumah kami,” katanya.

Bagaimanapun selepas merujuk kepada yang pakar, ramai yang berpendapat entiti berkenaan hanya sekadar lalu dan tidak mengganggu.

Bahkan ada pula yang memaklumkan makhluk tersebut tidak berbahaya kerana jelmaannya berwarna putih dan bukannya kelibat hitam yang disifatkan ramai sebagai mengganggu.

Azhieeda memberitahu insiden tersebut hanya berlaku sekali sahaja.

Sementara itu, dia memberitahu wujud rasa bimbang selepas kembali ke kediaman itu awal bulan ini.

Bagaimanapun, dia bersyukur ahli keluarga termasuk bayinya yang baru lahir tidak mengalami sebarang gangguan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, suaminya terlebih dahulu mengazankan rumah dan membaca doa serta ayat Ruqyah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

VIDEO:

Sumber : SInarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *